Translate

Wednesday, February 13, 2019

Lelaki murung nyaris maut rumah dijilat api

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki yang mengalami masalah kemurungan nyaris maut selepas rumah didudukinya musnah dalam kebakaran di Kampung Te­luk Pasu, Manir dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 2.05 petang itu, mangsa berusia 29 tahun yang tinggal bersendirian sempat keluar dari rumahnya ketika api sedang marak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat tentang kebakaran itu.

“Api kebakaran berjaya dikawal tidak lama kemudian. Bahagian hadapan rumah yang diperbuat daripada kayu hangus terbakar.

“Sebuah motosikal diletakkan di pekarangan rumah itu turut musnah dalam kebakaran,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Rozizah berkata, punca kebakaran sedang disiasat manakala jumlah kerugian juga akan ditaksir.

Difahamkan lelaki tersebut yang telah mengalami masalah kemurungan sejak 10 tahun lalu telah ditempatkan keluarganya di rumah tersebut seorang diri kerana bertindak agresif sejak akhir-akhir ini.

Ahli keluarga pula menetap di rumah lain yang terletak tidak jauh dari lokasi kebakaran ber­kenaan.

No comments:

Post a Comment