Translate

Thursday, February 7, 2019

Abdul Rahim Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu baharu

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Pegawai Turus Kepolisan Komuniti Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kedah, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu berkuatkuasa hari ini.

Abdul Rahim, 55, yang menyertai Polis Diraja Malaysia selama 35 tahun menggantikan Asisten Komisioner Idris Rafar yang bersara wajib pada akhir tahun lalu.

"Saya bukan lah asing kepada Terengganu kerana pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Marang dari tahun 2006 hingga 2009.

"Sebagai Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu yang baharu, saya akan memberi fokus untuk mengurangkan perasaan takut dan trauma masyarakat setempat terhadap jenayah dengan memperbanyakkan lagi program komuniti polis selain melawat rumah mangsa jenayah," katanya selepas menghadiri majlis serah tugas jawatan itu di IPK Terengganu di sini hari ini.

Beliau menerima tongkat kuasa daripada Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Deputi Superintendan Suffian Sulaiman yang memangku tugas itu sebelum ini dalam majlis yang disaksikan Ketua Polis Terengganu, Datuk Aidi Ismail.


Pada majlis sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid dan Ketua Jabatan Pematuhan Standard dan Integriti negeri, Asisten Superintendan Amran Mohd. Ghani yang bakal berpindah juga menyerahkan tugas kepada pemangku masing-masing. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment