Translate

Friday, February 15, 2019

Bari memang suka memancing

KUALA TERENGGANU – “Saya reda dengan apa yang berlaku dan berdoa semoga dia dijumpai de­ngan segera. Dia memang suka memancing. Jika ada masa terluang, dia akan keluar meman­cing bersama kawan- kawannya di merata-rata tempat yang menjadi lubuk pancing.”

Itu luahan hati ibu mangsa, Masitah Awang, 60, ketika ditanya tentang anak lelakinya, Abdul Bari Asyarf Mohd., 31, yang dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan lima penum­pang sebuah kende­raan pacuan empat roda yang terjunam ke dalam Sungai Terengganu di Pulau Warisan kira-kira pukul 9.30 malam kelmarin.

Difahamkan, mangsa yang ber­usia 31 tahun dari Kampung Panji, Kuala Terengganu sedang meman­cing bersama seorang rakannya apabila sebuah Mitsubishi Storm yang diparkir di kawasan berhampiran tiba-tiba menggelongsor dan terjunam ke dalam sungai.

Selain Abdul Bari Asyraf, dua lagi lelaki turut terlibat menyelamatkan penumpang kende­raan itu, namun hanya kedua-dua lelaki tersebut selamat naik ke darat.

Lima penumpang dalam kende­raan itu juga selamat. Masitah berkata, mangsa keluar dari rumah selepas waktu Asar untuk memancing bersama rakan-rakannya.

“Pagi tadi (kelmarin) awal-­awal lagi dia dah keluar memancing dan balik ke rumah untuk solat serta makan tengah hari sebelum keluar semula selepas Asar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurut Masitah lagi, beliau hanya mengetahui tentang kejadian malang itu selepas dimaklumkan oleh suaminya, Mohd. Mustafa, 66 yang menerima panggilan daripada polis kira-kira pukul 10 malam.

No comments:

Post a Comment