Translate

Monday, February 11, 2019

Stadium Sultan Mizan bakal venue rasmi TFC I musim depan

PENYOKONG tegar Terengganu FC I (TFC I) mendapat berita gembira apabila pasukan kesaya­ngan mereka bakal kembali beraksi di gelanggang rasmi, Stadium Sultan Mizan, Kuala Nerus pada musim 2020.

Presiden Persatuan Bola Sepak Ne­geri Terengganu (PBSNT), Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Malaysia Football League (MFL) merupakan pentadbir Liga Malaysia telah bersetuju membaiki padang stadium tersebut yang me­ngalami kerosakan serius sejak dua musim lalu.

“Padang Stadium Sultan Mizan akan diperbaiki oleh MFL untuk digunakan semula pasukan utama, TFC I.

“Jika projek penukaran padang pada tahun ini berjaya, Stadium Sultan Mizan akan menjadi ve­nue pasukan utama mulai musim 2020,” katanya ketika merasmikan majlis pengenalan pemain dan jersi baharu musim 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus kelmarin.

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata, pem­bukaan semula Stadium Sultan Mizan berkapasiti 25,000 penonton tersebut bakal memberi lebih keselesaan kepada penyokong tegar skuad Penyu.

Kali terakhir Stadium Sultan Mizan menjadi gelanggang rasmi TFC I adalah pada musim 2016 dan sejak dua musim lalu, skuad Penyu berkongsi venue dengan pasukan adik, TFC II di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang hanya boleh memuatkan 10,000 penonton.

No comments:

Post a Comment