KUALA TERENGGANU – Seorang jurujual dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menjadi orang tengah bagi aktiviti persundalan atau ‘bapa ayam’ pada akhir bulan lalu.
Tertuduh, Mohd. Azray Abdul Sani, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.
Berdasarkan pertuduhan, Mohd. Azray didakwa bertindak sebagai orang tengah kepada seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dengan membantunya mencari pelanggan bagi aktiviti persundalan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di hadapan sebuah hotel di bandar raya ini pada pukul 11.20 malam, 29 Januari lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 372 (1)(f) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.
Azman membenarkan tertuduh dibebaskan de-?ngan wang jaminan RM6,000 dan seorang penjamin.
Kes dikendalikan Tim-?balan Pendakwa Raya, Syazwani Zawawi manakala Mohd. Azray tidak diwakili peguam.
No comments:
Post a Comment