Translate

Thursday, February 7, 2019

Pembantu rumah bot larikan diri ke dalam hutan ditemui

MOHD. AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU - Pembantu rumah bot yang berkelakuan pelik mengelar tangannya sendiri sebelum melarikan diri ke dalam hutan berhampiran kawasan Air Terjun Lasir, Tasik Kenyir dekat sini semalam ditemui selepas hampir 24 jam dilaporkan hilang.

Lelaki berusia 21 tahun yang berasal dari Kampung Temir, Kuala Berang dekat sini itu dijumpai oleh seorang pengusaha rumah bot lain dalam keadaan keletihan dan hanya berseluar pendek serta berkaki ayam sedang menuruni bukit di kawasan air terjun berkenaan pada pukul 3.25 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, pengusaha rumah bot terbabit kemudiannya telah memberi makanan kepada pembantu rumah bot yang kelaparan sebelum mengubati luka-luka yang terdapat pada bahagian lengan dan siku lelaki itu.

"Pengusaha rumah bot itu kemudiannya menyerahkan lelaki terbabit kepada bot Jabatan Bomba dan Penyelamat selepas emosinya mulai stabil pada pukul 4.25 petang tadi.

"Lelaki itu kemudiannya dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk menerima rawatan terlbeih dahulu sebelum ditahan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu untuk disoal siasat termasuk menjalani ujian air kencing," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, pembantu rumah bot itu dikatakan dilihat mengelar tangannya dengan senjata tajam dipercayai pisau sebelum melompat keluar dari rumah bot berkenaan dan melarikan diri menuju ke dalam kawasan hutan berhampiran pada pukul 4 petang semalam.

Penghuni rumah bot yang lain termasuk pekerja rumah bot terbabit yang terkejut dengan kejadian cuba menjejaki lelaki itu di dalam hutan berkenaan tetapi gagal.


Sewaktu kejadian, rumah bot yang membawa pelancong ke Tasik Kenyir terbabit sedang berhenti di kawasan berhampiran Air Terjun Lasir dekat sini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment