Translate

Tuesday, February 12, 2019

Perkeso Terengganu lulus 60 permohonan SIP

KUALA TERENGGANU – Kumpulan pertama terdiri daripada 60 pencarum yang kehilangan pekerjaan di Terengganu mula menerima faedah Skim Insurans Pekerjaan (SIP) daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semalam.

Pengarah Perkeso Terengganu, Nora Yaacob berkata, kesemua pe­nerima faedah menerima elaun pendapatan berkurangan berjumlah 80 peratus daripada gaji bulanan masing-­masing melibatkan amaun keseluruhan RM132,000.

“Perkeso Terengganu menerima 77 permohonan SIP daripada pencarum yang kehilangan pekerjaan sejak awal tahun ini dengan 60 daripadanya telah diluluskan.

“Pada tahun lalu, seramai 128 pencarum yang kehilangan pekerjaan termasuk bekas pekerja projek ECRL (Laluan Rel Pantai Timur) juga telah dibantu kembali bekerja menerusi bantuan interim,” katanya.

Terdahulu beliau ditemui selepas menyampaikan faedah SIP kepada 60 penerima yang kebanyakannya terdiri daripada bekas kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad di Wisma Perkeso Terengganu di sini semalam.

Nora berkata, selain elaun pendapatan berkurangan, kesemua penerima faedah SIP itu layak mendapat bantuan penempatan pekerjaan, kaunseling kerjaya, tanggungan yuran latihan, elaun latihan dan elaun bekerja semula awal.

No comments:

Post a Comment