Tuan rumah terlebih dahulu mengejutkan JDT yang juga juara bertahan Liga Super apabila mendahului 1-0 menerusi jaringan penyerang, Mohd. Khairul Izuan Rosli pada minit ke-7.
JDT tidak mudah hilang fokus dan hasilnya penyerang kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid menyamakan kedudukan dengan menyempurnakan tendangan penalti pada minit ke-62.
Penyerang baharu, Diogo Luis Santo pula meledak gol kedua JDT menerusi tandukan yang menerjah pintu gawang skuad Penyu pada minit ke-67.
Pemain pertahanan TFC I,Mohamad Kamal Azizi Mohamad Zabri menyelamatkan maruah tuan rumah apabila menolak masuk gol penyamaan pada minit ke-89.
No comments:
Post a Comment