Translate

Sunday, February 17, 2019

Hoki: THT menewaskan Maybank 5-2

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Pasukan Hoki Terengganu (THT) mengukuhkan kedudukan sekurang-kurangnya menamatkan saingan di tangga ketiga Liga Hoki Malaysia (MHL) selepas menumbangkan pencabar terdekat Maybank  5-2 di Stadium Hoki Batu Burok, Kuala Terengganu sebentar tadi.

THT yang juga juara bertahan bermula garang meledak gol pertama menerusi jaringan padang bekas pemain kebangsaan, Mohd. Shahrun Nabil Abdullah pada minit ke-9.

Tuan rumah terus melebarkan kedudukan kepada 2-0 menerusi pukulan sudut penalti pakar flick Korea Selatan, Jang Jonghyun pada minit ke-13.

Maybank tidak berputus asa apabila kembali bangkit mendekatkan kedudukan 1-2 menerusi pukulan penalti stroke Hafifihafiz Hanafi pada minit ke-18.

Kedudukan terikat 2-2 selepas pemain Maybank, Meor Muhammad Azuan Hassan meledak gol menerusi jaringan pada pada mint ke-21.

Jung Manjae kembali meletakkan THT di hadapan dengan menjadikan kedudukan 3-2 menerusi gol padang pada minit ke-44.


Penyerang kebangsaan, Faizal Saari kemudiannya meledak dua gol berturut-turut  selepas menyempurnakan penalti stroke pada minit ke-56 dan jaringan padang pada tiga minit kemudian. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment