Translate

Thursday, February 7, 2019

Pengusaha kraf disaran jana pendapatan dengan e-Dagang

KUALA TERENGGANU – Pe­ngusaha kraf di seluruh negara disaran agar memanfaatkan kemudahan platform e-Dagang yang sedang rancak berkembang untuk menembusi pasaran antarabangsa sekali gus menjana lebih­ pendapatan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamad­din Ke­tapi berkata, produk kraf buatan tempatan berpotensi tinggi untuk meraih minat bukan sahaja pelancong yang berkunjung ke negara ini malah pelanggan dari luar negara ke­rana keunikannya.

“Sebelum ini memang sudah ada segelintir pengusaha kraf yang telah memasarkan produk mereka menerusi media sosial dan platform e-Dagang tetapi tidak secara menyeluruh.

“Mereka perlu lebih me­neroka pasaran itu jika mahu ke hadapan. Kementerian sedia ber­usaha untuk membantu,” katanya selepas melancarkan Program Pemerkasaan Komuniti Kraf Malaysia peringkat Terengganu di Kraftangan Malaysia cawangan Terengganu, Chendering di sini semalam.

Mohamaddin berkata, kementerian menerusi Kraftangan Malaysia menyasarkan untuk memper­kenalkan lima produk baharu kraf sebagai inisiatif untuk memper­kasa komuniti kraf di Terengganu selain songket, batik dan tembaga.

Menurutnya, lima produk itu ialah hiliran ayaman, anyaman tikar dan kipas, hiliran batik, batik shibori dan blok serta batik teknik ikat warna naphtol.

“Kementerian telah memperuntukkan insentif sebanyak RM150,000 bagi program penghasilan rekaan terhadap lima produk baharu itu meliputi kraf tekstil songket dan batik serta logam tembaga,” katanya.

No comments:

Post a Comment