Translate

Saturday, February 2, 2019

Liga Super: TFC I seri 1-1 dengan PKNS

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Terengganu Football Club I (TFC I) terpaksa berpuas hati berkongsi mata apabila seri 1-1 dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada aksi sulung Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini sebentar tadi.

Pasukan pelawat mendahului 1-0 selepas pemain pertahanannya yang berdarah kacukan Malayasia - Inggeris, Nicholas Ryan Swirad meledak gol pada minit ke-65.

Sewaktu perlawanan hampir berakhir, penyerang gantian, Abdul Malik Mat Ariff menyelamatkan maruah TFC I apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-89.

Terdahulu, tuan rumah hampir mendahului pada minit ke-11 namun jaringan penyerang baharu TFC I, Mohd. Khairul Izuan Rosli dibatalkan pengadil, Mat Zan Abdul Wahab kerana offside.

Naib juara Piala Malaysia itu tidak berpuas asa apabila terus menyerang namun percubaan kapten pasukan, Kipre Tchetche pada minit ke-14 pula berjaya ditepis keluar penjaga gol PKNS, Muhammad Zarif Irfan Hashimuddin.

Seterusnya, rembatan kencang pemain tengah TFC, Chanthacheary Bin dari luar kotak penalti pada minit ke-19 melepasi palang.


Usaha pemain tengah import baharu TFC, Sanjar Shaakhmedov pula menerusi dua percubaan berbahaya pada minit ke-69 dan ke-86 juga tidak menetapi sasaran. - K! ONLINE 

No comments:

Post a Comment