Translate

Sunday, September 1, 2019

Remaja maut kemalangan ketika berkonvoi

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA NERUS - Kegirangan empat sahabat yang berkonvoi dengan motosikal berakhir dengan tragedi apabila salah seorang mereka maut dalam kemalangan di Jalan Merang berhampiran Kampung Mengabang Panjang, Batu Rakit dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.40 pagi itu, mangsa, Muhammad Amir Fikri Mohd. Sabri, 17, yang merupakan seorang pelayan sebuah kedai makan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu, Superintendan Abd. Razak Hassan berkata, sewaktu kejadian, Muhammad Amir Fikri bersama tiga rakannya yang menunggang motosikal masing-masing dalam perjalanan berkonvoi ke Merang, Setiu dari Wakaf Tengah di sini.

"Sewaktu tiba di lokasi kejadian, motosikal Honda EX5 yang ditunggang mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan sebelum merempuh belakang motosikal salah seorang kawannya yang turut berkonvoi di hadapan.


"Rempuhan itu menyebabkan mangsa jatuh bersama motosikalnya di atas jalan raya," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment