NAIB juara Liga Premier, Johor Darul Ta’zim II (JDT II) sudah sebelah kaki ke final Piala Cabaran selepas menewaskan Terengganu FC II (TFC II) 2-1 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu kelmarin.
Pengendali JDT II, Ervin Boban berkata, pujian harus diberikan kepada anak-anak buahnya yang berjaya menewaskan TFC II sekali gus memperoleh bekalan selesa bagi aksi separuh akhir kedua nanti.
“Cabaran yang diberikan pemain TFC II amat hebat dengan aksi berlangsung sengit, namun anak-anak buah saya berjaya mengatasinya dengan menunjukkan prestasi menakjubkan terutama pada babak kedua.
“Mereka dapat kembali bangkit selepas ketinggalan pada minit ke-60 dengan meledak dua gol penting selepas itu,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan kelmarin.
Boban berkata, kemasukan penyerang gantian, Darren Yee Deng Lok pada babak kedua telah mempertajamkan serangan JDT II.
Katanya, Darren turut menunjukkan kecemerlangannya dengan meledak gol penyamaan pada minit ke-64 yang menjadi pencetus kebangkitan skuad kendaliannya pada aksi kelmarin.
“Perjuangan masih belum selesai kerana masih ada tempoh 90 minit lagi yang perlu diharungi.
“Walaupun akan beraksi di laman sendiri, ia bukan kelebihan besar buat kami kerana saya percaya pemain TFC II pasti tidak akan putus asa,” k
No comments:
Post a Comment