Translate

Tuesday, September 17, 2019

Piala Malaysia : Kedah puas jinak TFC I

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Strategi mengekang pemain-pemain utama Terengganu Football Club I (TFC I) merupakan kunci kejayaan Kedah menumpaskan Terengganu Football Club I (TFC) pada aksi kelima Kumpulan A Piala Malaysia malam tadi.

Pengendali Kedah, Aidil Shahrin Sahak berkata, kekuatan sebenar skuad Penyu tidak dapat terserlah seperti biasa dalam pertemuan tersebut selepas anak buahnya berjaya mengikat pergerakan dua tonggak import lawan iaitu Kipre Tchetche dan Sanjar Shaakmedov.

"TFC I merupakan pasukan yang sukar dan ia terbukti apabila kamo tewas 0-2 di gelanggang sendiri pada pusingan pertama sebelum ini walaupun mereka bermain dengan 10 orang pada aksi tersebut.

"Sehubungan itu, saya telah mengatur strategi pada perlawanan ini agar pemain-pemain utama TFC I dikawal pergerakannya dan ia terbukti berhasil," katanya ketika selepas perlawanan malam tadi.

Aidil Shahrin berkata, kemenangan dramatik berkenaan memberi kepuasan besar kepada skuad Kedah bukan sahaja membolehkan skuad Lang Merah menempah tiket ke suku akhir Piala Malaysia malah membalas dendam kekalahan tempoh hari.


Jurulatih yang berasal dari Singapura itu menambah, beliau juga gembira anak buahnya akhirnya dapat menewaskan TFC I d hadapan lebih 10,00 penyokong tegar skuad Penyu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini.- K! ONLINE

No comments:

Post a Comment