Translate

Wednesday, September 4, 2019

Sekolah rosak teruk akibat dipukul ribut

HULU TERENGGANU – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Landas, Ajil dekat sini mengalami kerosakan teruk akibat dibadai ribut yang melanda daerah ini semalam.

Kejadian pada pukul 3 petang itu menyebabkan kemusnahan pada keseluruhan struktur bumbung bangunan tiga tingkat sekolah tersebut.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, kemusnahan melibatkan 17 buah kelas dan sebuah bengkel Kemahiran Hidup.

“Kejadian ribut tersebut dilaporkan berlaku dalam tempoh 15 minit sehingga pukul 3.15 petang. Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan kerana sewaktu kejadian semua pelajar, guru dan staf sokongan telah pulang,” katanya kepada pemberita.

Mohd. Adli berkata, sesi persekolahan semalam ditamatkan lebih awal selepas solat Zuhur berikutan ming­gu peperiksaan.

No comments:

Post a Comment