Translate

Friday, September 20, 2019

400 penduduk Hulu Terengganu berakit sempena Hari Malaysia

MOHD. AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU - Seramai hampir 400 penduduk daerah ini meraikan sambutan Hari Malaysia ke-56 hari ini dengan berakit menyelusuri Sungai Terengganu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, kesemua peserta yang menaiki rakit berhias masing-masing menyelusuri Sungai Terengganu dari Jeti Kampung Dusun, Kuala Berang di sini hingga ke Jeti Tanjung Ketom, Serada, Kuala Terengganu.

Beliau berkata, program yang julung kali yang diadakan sempena program simulasi Kesiapsiagaan Bencana Banjir Terengganu ini berobjektifkan serampang dua mata.

"Pertama, kita mahu peserta menghayati keindahan Sungai Terengganu yang amat dekat dengan sejarah dan asal-usul negeri ini bagi meningkatkan lagi semangat patriotik mereka sempena sambutan Hari Malaysia.

"Kedua, aktiviti ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan antara penduduk tempatan dan anggota agensi penyelamatan bagi melicinkan lagi operasi penyelamatan pada musim tengkujuh nanti," katanya kepada pemberita di Dataran Kampung Dusun, Kuala Berang di sini hari ini.

Program Kembara Orang Hulu Mudik ke Muara tersebut dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa 

Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Terengganu, Dr. Mamad Puteh. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment