Translate

Friday, September 13, 2019

Tertuduh tetak KPD diperintah buat pemeriksaan mental

BESUT – Mahkamah Sesyen di sini semalam memerintahkan tertuduh yang didakwa menetak Ketua Polis Daerah Besut, Supe­rintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi sehingga  putus ibu jari menjalani peme­riksaan mental.

Hakim Wan Azimah Yaacob memerintahkan tertuduh, Mohd. Nasli Mohd. Nasir, 33, menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai Tampoi, Johor dalam tempoh sebulan.

Peguam, Ahmad Fairus Jusoh yang mewakili tertuduh membuat permohonan terbabit kerana bekas pengurus sebuah syarikat itu mempunyai rekod menghidap penyakit tersebut sebelum ini.

Ahmad Fairus berkata, anak guamnya pernah menerima rawatan psikiatri di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bahru, Kelantan pada tahun 2012 namun tidak pernah mendapatkan rawatan lanjut.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 10 Oktober depan.

Kosmo! 23 Ogos lalu melaporkan Mohd. Nasli mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Dia didakwa menyerang Mohd. Zamri yang juga jirannya dengan sebilah parang di hadapan rumah di Taman Cordova Residence, Padang Luas, Besut.

Kejadian berpunca ter­tuduh berang selepas aduan sebatang pokok kelapa masuk ke dalam kawasan tanahnya tidak dilayan mangsa.

No comments:

Post a Comment