Translate

Sunday, September 15, 2019

Balasan tikam muka cikgu

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Tindakan seorang lelaki yang menikam muka seorang guru dengan pisau ketika menceroboh rumah mangsa berbalas apabila dia dihukum penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Muhamad Murtazah Md. Kasim, 28, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah di atas pertuduhan itu di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Berdasarkan pertuduhan, Muhamad Murtazah didakwa menikam muka Mohamad Padzli Ismail, 53, dengan sebilah pisau sehingga menyebabkan keca­catan kekal kepada mangsa di sebuah  rumah di Kampung Banggol Tok Jiring, Kuala Nerus pada pukul 11 malam, 30 Julai lalu.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang dikejar oleh beberapa penduduk selepas memecah masuk sebuah kedai runcit berhampiran telah menceroboh rumah Mohamad Padzli untuk mendapat perlindungan.

Dia kemudian menikam muka mangsa yang berada di ruang tamu dengan ahli keluarganya dengan sebilah pisau sebelum memecahkan siling dan bumbung di sebuah bilik tidur di rumah berkenaan bagi bersembunyi. Tikaman terbabit menyebabkan Mohamad Padzli cedera parah pada muka sehingga menerima 20 jahitan.

Muhamad Murtazah didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd. Izzat Wan Abdullah.

No comments:

Post a Comment