Translate

Monday, September 2, 2019

Pas sangkal piagam cetus isu perkauman

KUALA TERENGGANU – Pas menepis dakwaan ­Piagam Muafakat Nasional yang akan dimenterai parti tersebut dengan UMNO pada 14 September ini bakal mencetuskan ketidakstabilan antara kaum dan agama di negara ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, piagam tersebut tidak akan mengeruhkan hubungan antara kaum dan agama di negara ini, malah ia turut disokong parti-parti politik utama bukan Islam dan Melayu.

Beliau memberitahu, Himpunan Penyatuan Ummah yang bakal diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur sempena majlis menandatangani Pia­gam Muafakat Nasional terbabit akan disertai ke­pimpinan daripada MCA dan MIC selain Dewan Himpunan Penyokong Pas.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas komen Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyifatkan Piagam Muafakat Nasional oleh UMNO dan Pas sebagai cubaan untuk bermain dengan isu agama dan kaum.

Dalam pada itu, Abdul Hadi menegaskan piagam yang bakal dimenterai antara Pas dan UMNO bermotifkan politik yang bertunjangkan ajaran Islam.

No comments:

Post a Comment