Translate

Thursday, September 19, 2019

Anak lembu berkaki lima

MOHD. AZLI ADLAN

BESUT - Seekor anak lembu jantan berusia lima bulan menarik perhatian ramai kerana mempunyai lima kaki berbanding empat pada kebiasaannya.

Penternaknya, Muhamad Samad, 57, berkata, anak lembu yang dilahirkan pada bulan April lalu itu mempunyai tambahan kaki yang tumbuh di bahagian dada.

Dia berkata, berdasarkan maklumat pegawai veterinar, kaki kelima yang terbentuk pada dada anak lembu peliharaannya itu disebabkan simptom polymedia berpunca daripada pembahagian berulang kali kromosom lembu tersebut di dalam uterus atau rahim induknya sewaktu proses pensenyawaan.

"Saya difahamkan simptom polymedia ini boleh berlaku kepada haiwan dan manusia. Apa pun kelahiran anak lembu berkaki lima ini dianggap sebagai kurniaan Allah bagi menunjukkan kebesaranNya. 

"Ini kali pertama lembu peliharaan saya dilahirkan dalam keadaan istimewa seperti ini sepanjang lebih 20 tahun menjadi penternak lembu," katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Bukit Payung di sini hari ini.

Muhammad berkata, anak lembu itu memperlukan penjagaan rapi memandangkan kaki kelimanya mudah mendapat komplikasi sejak dilahirkan. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment