Translate

Monday, September 2, 2019

SPRM sedia siasat kemungkinan gangguan sistem di KLIA disebabkan salah laku

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia menyiasat kemungkinan kewujudan salah laku dan rasuah disebalik gangguan Sistem Pengurusan Keseluruhan Lapangan Terbang (TAMS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada minggu lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, pihaknya akan melakukan siasatan sekiranya menerima sebarang aduan berhubung perkara tersebut.

"Jika ada aduan, kita siasat. Kita (SPRM) tunggu kalau ada apa-apa aduan.

"Setakat ini, kita belum dapat apa-apa aduan tentang salah laku dan rasuah berhubung isu gangguan sistem rangkaian (di KLIA) itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Dialog bersama Pemain Industri Perhotelan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Terengganu di Hotel Primula sini hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan gangguan terhadap TAMS telah menjejaskan sistem maklumat penerbangan (FIDS), sistem pengendalian bagasi, kaunter daftar masuk dan sambungan Wi-Fi di KLIA dan KLIA 2 selama empat hari bermula Rabu lalu.


Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dalam kenyataannya berkata, dapatan awal Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) menunjukkan gangguan tersebut disebabkan kegagalan kelengkapan rangkaian bukannya disebabkan serangan penggodam komputer. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment