Translate

Thursday, September 5, 2019

Bazar Peduli Rakyat diperluas di seluruh negara

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Bazar Peduli Rakyat yang merupakan inisiatif Kementerian Pertanian yang bertujuan untuk membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup akan diperluas ke seluruh negara dalam tempoh dua tahun.

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Ishak Ismail berkata, bazar yang menawarkan harga barangan keperluan seperti ikan, ayam, sayur, minyak masak dan tepung gandum pada harga lima hingga 30 peratus lebih murah daripada pasaran telah diadakan enam kawasan di seluruh negara setakat ini sejak dilancarkan pada Februari lalu.

"Program bazar yang merupakan inisiatif tiga agensi iaitu FAMA, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan menjelajah lima lagi kawasan seperti Seri Manjung, Perak; Dataran Bukit Katil, Melaka dan Temerloh, Pahang pada baki tahun ini.

"Kita menyasar untuk melaksanakan Bazar Peduli Rakyat ini di seluruh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di seluruh negara secara berperingkat dalam tempoh dua tahun iaitu menjelang tahun 2021," katanya selepas merasmikan Bazar Peduli Rakyat peringkat Terengganu yang diadakan di Manir dekat sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi LPP, Datuk Mazlan Aliman dan Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil.


Ishak berkata, bagi perancangan jangka panjang, bazar terbabit dirancang untuk diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali di 500 tapak kekal di lokasi strategik dan mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment