Translate

Friday, September 13, 2019

Pemandu tidak mengaku salah bawa 
2.27 juta batang rokok seludup

KEMAMAN – Seorang pemandu lori me­ngaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membawa 2.27 juta batang rokok seludup bernilai RM661,200 pada  bulan lalu.

Tertuduh, Soo Ming Horng, 30, membuat pe­ngakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri.

Tertuduh didakwa me­ngangkut 2.27 juta batang rokok jenama Touro, Luffnam, Impact dan Luffnam Classic bernilai RM661,200 dengan menggunakan lori.

Kesalahan itu dilakukan di Plaza Tol Kerteh, Lebuh Raya Pantai Timur 2 pada pukul 3 pagi, 30 Ogos lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 135(1) (e) Akta Kastam 1967 yang membawa hukuman de­n­da 10 hingga 20 kali nilai barangan atau RM100,000, mana yang lebih tinggi atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Nik Mohd. Tarmizie membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

Kosmo! Jumaat lalu melaporkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas sebanyak 2.27 juta batang rokok seludup yang dipercayai dibawa masuk dari negara jiran.

Kesemua barangan itu dipercayai dalam perjalanan untuk dihantar bagi pasaran sekitar Lembah Klang.

No comments:

Post a Comment