Translate

Tuesday, September 17, 2019

JPNT anjur Anugerah Pembestarian Sekolah cemerlang

IKTIRAF. Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) menganjurkan majlis Anugerah Pembestarian Sekolah di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPNT) di Marang, Terengganu baru-baru ini.

Ketua Penolong Pengarah BTPNT, Wan Mohd. Zuhaidi Wan Hassan berkata, anugerah berkenaan bertujuan untuk menghargai sekolah di negeri itu yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang teknologi pendidikan.

Beliau berkata, tujuh kategori dipertandingkan seperti anugerah Murid Bestari Cemerlang Ikon Kejuruteraan Reka Bentuk, Murid Bestari Cemerlang Ikon Robotik, Murid Bestari Cemerlang Penceritaan Animasi Digital dan Ikon Guru Teknologi Pendidikan.

“Anugerah utama iaitu Murid Bestari Cemerlang Ikon Kejuruteraan Reka Bentuk dirangkul SMK Panji Alam, Kuala Terengganu atas kejayaan mereka memenangi pertandingan Inovasi Dunia menerusi produk penapis air mesra alam di Romania pada bulan Mei lalu,” katanya.

No comments:

Post a Comment