Translate

Wednesday, September 11, 2019

Peniaga edar dadah dihukum mati mandatori

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Seorang peniaga dijatuhi hukuman mati mandatori oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis Methamphetamine di Kemaman pada dua tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed memutuskan hukuman tersebut terhadap 
Wan Mohd. Ibnul Hajar Muhammad, 29, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap bukti-bukti dikemukakan pihak pendakwaan.

Berdasarkan pertuduhan, Wan Mohd. Ibnul Hajar didakwa mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 55.58 gram di tepi Jalan Peringkat 3, Bandar Cheneh, Kemaman pada pukul 1 pagi, 15 September 2017.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang dilihat sedang berdiri di tepi jalan di lokasi kejadian sambil memegang beg berwarna merah jambu telah ditahan oleh sepasukan polis.

Pemeriksaan di dalam beg berkenaan telah menjumpai bungkusan yang mengandungi dadah sebelum serbuan kedua dan ketiga dilakukan di sebuah gerai burger dan sebuah rumah di Peringkat 3, Bandar Cheneh.


Wan Mohd. Ibnul Hajar didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment