Translate

Monday, September 2, 2019

SMK Landas rosak teruk dipukul ribut

MOHD. AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Landas, Ajil dekat sini mengalami kerosakan teruk akibat dibadai ribut yang melanda daerah ini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu menyebabkan kemusnahan pada keseluruhan struktur bumbung bangunan tiga tingkat sekolah terbabit.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, ia melibatkan 17 buah kelas dan sebuah bengkel Kemahiran Hidup.

"Kejadian ribut tersebut dilaporkan berlaku dalam tempoh 15 minit sehingga 3.15 petang. 

"Tiada kecederaan ribut dan kemalangan jiwa dilaporkan kerana sewaktu kejadian semua pelajar, guru dan kakitangan sokongan telah pulang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Mohd. Adli berkata, sesi persekolahan hari ini ditamatkan lebih awal selepas solat Zuhur berikutan minggu peperiksaan. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment