Translate

Wednesday, September 18, 2019

Piala Malaysia : TFC I mohon maaf kepada peminat

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Pengendali sementara Terengganu Football Club I (TFC I), Mohd. Nafuzi Zain memohon maaf secara terbuka kepada peminat ke atas kekalahan 2-3 skuad kendaliannya kepada Kedah pada aksi kelima Kumpulan A Piala Malaysia malam tadi.

Beliau berkata, kekalahan dramatik di laman sendiri di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini itu sekali gus telah menangguhkan hasrat menggunung penyokong tegar untuk melihat skuad Penyu menempah tiket lebih awal ke peringkat suku akhir.

"Begitu pun, kekalahan ini tidak menutup ruang TFC I untuk tetap mara ke suku akhir (Piala Malaysia). Saya tetap yakin kita akan melangkah ke peringkat seterusnya.

"Selain mempunyai kelebihan gol yang ketara  dengan Negeri Sembilan yang berada di tangga ketiga, saya optimis anak buah saya mampu mencuri mata pada aksi terakhir menentang PKNS FC nanti," katanya ketika ditemui selepas perlawanan malam tadi.

Mohd. Nafuzi berkata, biar pun tewas, beliau tetap berpuas hati dengan pemain TFC I yang telah mempamerkan prestasi baik dan memberi tentangan sengit kepada skuad Lang Merah.


Menurut bekas penyerang Terengganu era 2000-an itu, kedua-dua pasukan telah menunjukkan persembahan menghiburkan dengan tempo permainan laju sepanjang 90 minit beraksi namun nasib lebih menyebelahi Kedah. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment