Translate

Thursday, September 19, 2019

Piala Malaysia : Kedah mara ke suku akhir

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Kedah menempah tiket ke suku akhir Piala Malaysia selepas menumpas Terengganu Football Club I (TFC I)  3-2 pada aksi kelima Kumpulan A di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini sebentar tadi.

Tiga mata berharga memperolehi skuad Lang Merah itu membolehkannya merampas kedudukan teratas kumpulan dengan 10 mata sekali gus tidak mampu lagi dipintas lagi Negeri Sembilan yang berada di tangga ketiga dengan enam mata.

Terdahulu, Kedah mengejutkan tuan rumah apabila mendahului seawal minit ke-3 menerusi tandukan penyerang import, Jonatan Bauman yang memanfaatkan sepakan percuma kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar.

Tersentak ketinggalan, skuad Penyu kembali memperkemaskan jentera serangan dan hampir memperolehi peluang menjaringkan gol penyamaan menerusi dua percubaan berbahaya pemain tengah, Mohamad Nabil Ahmad Latpi pada minit ke-24 dan 30.

TFC I akhirnya berjaya menyamakan kedudukan 1-1 selepas kapten pasukan, Lee Andrew Tuck yang berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-32.

Begitu pun, keghairahan tuan rumah menggempur kubu Kedah membawa padah apabila terperangkap dengan serangan balas lawan pada minit ke-37 menerusi pemain tengah import, Edgar Bernhardt.

Skuad Penyu kembali menyamakan kedudukan 2-2 menerusi penyerang gantian, Abdul Malik Mat Ariff yany bijak memanfaatkan tendangan percuma Lee Tuck pada minit ke-59.


Jaringan ketiga dan kemenangan yang dinanti-nanti Kedah akhirnya menjelma pada minit ke-85 menerusi Baddrol. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment