Translate

Thursday, September 5, 2019

Dipenjara setahun angkara ceroboh rumah

KUALA TERENGGANU – Tindakan seorang lelaki menceroboh sebuah rumah untuk mencuri ­akhirnya mendapat balasan apabila dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mursyady Mamat, 37, yang berasal dari Kubang Badak, Kuala Nerus mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadap­nya dibacakan.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman di Penjara Marang di sini bermula tarikh dia ditahan iaitu pada 28 Ogos lalu.

Mengikut pertuduhan, Mursyady didakwa menceroboh rumah seorang wanita berusia 44 tahun di Jalan Tok Jembal, Kuala Nerus di sini pada pukul 6.18 petang, 14 Disember 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 451 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan boleh dikenakan denda,­ jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Mohd. Ridhuan Mohina Din, mana­kala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, mangsa me­nyedari terdapat kesan umpilan pada bahagian tingkap dapur dan bilik stor ketika pulang ke rumah.

Wanita tersebut membuat laporan polis walaupun mendapati tiada barang yang hilang di dalam rumahnya.

Pemeriksaan polis di rumah mangsa­ telah menjumpai kesan cap jari yang kemudiannya disahkan milik Mursyady sebelum lelaki itu berjaya ditahan.

Tertuduh kemudian mengaku menceroboh rumah mangsa dengan niat untuk mencuri.

No comments:

Post a Comment