Translate

Monday, September 9, 2019

Seorang maut, empat cedera selepas kereta Perodua Myvi rempuh rumah kedai

MOHD. AZLI ADLAN

SETIU - Seorang pelajar Politeknik Kota Bahru, Kelantan maut manakala empat rakannya cedera selepas kereta Perodua Myvi yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh sebuah rumah kedai di Kilometer 57, Jalan Kuala Terengganu - Kota Bahru berhampiran Chalok Kedai dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 10.40 malam itu, Muhammad Ameerul Hadeem Muhammad Ameen, 20, yang berasal dari Kampung Bayam, Kota Bharu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris berkata, seorang penumpang kereta terbabit, Alif Zikri Mohd. Nizam, 20, dari Taman Puchong Utama, Selangor juga cedera parah manakala tiga lagi cedera ringan.

"Sewaktu kejadian, kereta Perodua Myvi yang dipandu Muhammad Ameerul Hadeem dikatakan dalam perjalanan ke Kota Bahru dari arah Kuala Terengganu.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta yang dinaiki mereka dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh sebuah rumah kedai kosong di tepi jalan," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.


Zulkifli berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomban dan Penyelamat Setiu mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan semua mangsa yang tersepit di dalam kereta berkenaan. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment