Translate

Wednesday, March 20, 2019

Tukang masak lemas berkelah di Air Terjun Belukar Bukit

MOHD. AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU - Kegembiraan pasangan tunang berkelah di kawasan Air Terjun Belukar Bukit semalam berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut akibat lemas.

Dalam kejadian pada pukul 4.36 petang itu, Wan Mohammad Raffiq Abdul Karim, 29, yang merupakan seorang tukang masak di kantin Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang, Kuala Terengganu lemas ketika asyik bermandi-manda di kawasan perkelahan terbabit.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, sewaktu kejadian, pasangan tunang tersebut yang difahamkan baru berpertunang pada awal bulan ini menghabiskan cuti minggu bersama-sama dengan berkelah di kawasan Air Terjun Belukar Bukit.

"Sewaktu leka mandi, mangsa (Wan Muhammad Raffiq) tiba-tiba di bawa arus deras sebelum tenggelam ke dalam sungai.

"Tunangnya, Nurliana Majnun, 31, yang panik telah meminta bantuan pengunjung lain sebelum kejadian lemas itu dimaklumkan kepada pihak berkuasa pada pukul 4.50 petang semalam (kelmarin)," katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini.


Kawasan Air Terjun Belukar Bukit sebelum ini sering mencatatkan kes lemas termasuk lima sekeluarga pada 19 Disember 2015. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment