Translate

Sunday, March 24, 2019

Konsep koperasi kariah masjid Angkasa ke luar negara

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Angkatan Koperasi Malaysia Berhad (Angkasa) mendapat permintaan untuk memainkan peranan aktif memperkembangkan konsep koperasi komuniti melibatkan kariah masjid di luar negara.

Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, koperasi kariah masjid terbukti berjaya menjana pendapatan komuniti setempat di negara ini.

"Kita mempunyai kira-kira 500 koperasi kariah masjid di seluruh negara yang kebanyakannya terlibat dalam aktiviti peruncitan dan perkhidmatan.

"Ada di antara koperasi kariah masjid itu mampu menjana perolehan sehingga RM1 juta setahun. Antara yang berjaya ialah Masjid Geliga dan Masjid Binjai di Kemaman serta Masjid Kepala Batas, Pulau Pinang," katanya selepas merasmikan Seminar Kepimpinan dan Perniagaan  Anggota Koperasi Terengganu di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Perhubungan Angkasa Terengganu, Mohamed Yusoff.


Sehubungan itu, Abdul Fattah memberitahu Angkasa mendapat permintaan dari komuniti luar negara untuk berkongsi kepakaran untuk menubuhkan koperasi kariah masjid di lokasi masing-masing. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment