Translate

Tuesday, March 19, 2019

Ketua Pelayaran wanita bakal kemudi RV Discovery

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) buat julung kalinya memberi penghormatan kepada wanita untuk mengemudi kapal penyelidikannya, RV Discovery bagi misi pelayaran menyertai Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA 2019) bermula hari ini.

Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, Dr. Roswati Md. Amin yang merupakan Pengerusi Program Biologi Marin, Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran UMT diberi kepercayaan untuk menjadi salah seorang ketua pelayaran bagi misi selama 20 hari sehingga 6 April depan.
Beliau berkata, pemilihan Roswati selaras dengan tema Hari Kelautan Sedunia tahun ini iaitu Wanita dan Kelautan yang bertujuan memberi kesedaran umum tentang peranan wanita yang telah memberi impak penting dalam usaha konservasi dan pekerjaan berkaitan kelautan.

"Misi pelayaran tersebut yang turut disertai 25 saintis lapangan dan makmal termasuk lima wanita akan mengelilingi Laut China Selatan dan Selat Melaka sejauh kira-kira 1,885.7 batu nautika.

"Selain menyertai LIMA 2019, ekspedisi RV Discovery kali ini juga akan melakukan kajian berkaitan sains marin dan perubahan iklim di negara ini di 45 lokasi persinggahan termasuk di Pulau Perak, Kedah yang bakal dilalui sepanjang pelayaran " katanya pada sidang akhbar di Jeti Duyung Marina di sini hari ini.


Terdahulu beliau menghadiri majlis pelancaran Pelayaran Penyelidikan Saintifik UMT : Menelusuri LIMA'19 yang disempurnakan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment