Translate

Friday, March 22, 2019

Bakal guru liwat murid perempuan dipenjara 14 tahun, enam sebatan

KUALA TERENGGANU - Seorang bakal guru dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam setelah didapati bersalah meliwat seorang murid perempuan Tahun Enam pada tiga tahun lalu.

Hakim Azman Mustapha memerintahkan Mohamad Harman Faiz Hassin, 28, menjalani hukuman itu selepas pihak pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya,  Syazwani Zawawi berjaya membuktikan kes prima facie pada akhir kes pembelaan.

Beliau juga memerintahkan tertuduh yang berasal dari Kota Bahru, Kelantan agar menghadiri sesi kaunseling sepanjang menjalani hukuman di dalam penjara selain diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas dibebaskan kelak.

"Hukuman berat perlu dijatuhkan kepada tertuduh kerana telah melakukan pecah amanah terhadap kepercayaan diberikan oleh ibu bapa mangsa.

"Perbuatan (liwat) tersebut juga telah menyebabkan mangsa mengalami trauma teruk hingga tidak mahu ke sekolah dan terpaksa menerima rawatan kaunseling," katanya ketika membacakan penghakimannya di sini semalam.

Berdasarkan pertuduhan, Mohamad Harman Faiz yang sedang melanjutkan pengajian dalam jurusan pendidikan seni dan visual di dakwa meliwat mangsa berusia 12 tahun sewaktu kejadian tanpa kerelaaannya di bilik asrama di sebuah institusi pendidikan guru di Terengganu pada pukul 1 petang, 17 September 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima tahun hingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah meminta izin kedua ibu bapa mangsa yang juga bekas muridnya sepanjang tempoh latihan amali perguruan untuk membawa kanak-kanak perempuan itu menemaninya membayar bil utiliti di pekan Jerteh, Besut.

Dia kemudiannya membawa mangsa di bilik asramanya selepas urusan pembayaran bil utiliti itu selesai.

Sewaktu kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun ketika kejadian itu sedang leka bermain permainan komputer, Mohamad Harman Faiz telah mendekati mangsa sebelum meliwatnya tanpa kerelaan.

Tertuduh kemudiannya menghantar mangsa pulang ke rumah sebelum murid perempuan Tahun Enam berkenaan menceritakan kejadian tersebut kepada ibu bapanya.

No comments:

Post a Comment