Translate

Monday, March 18, 2019

29 individu disyaki penagih dadah ditahan di Alor Limbat

MOHD. AZLI ADLAN

MARANG - Seramai 29 individu termasuk seorang wanita disyaki penagih dadah berjaya ditahan dalam serbuan di sebuah kawasan belukar di Alor Limbat di sini hari ini.

Kesemua suspek tersebut dalam serbuan selama sembilan jam berakhir 4 petang yang dilakukan 13 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Superintendan Roslan Tahir berkata, risikan dan maklumat awam mendapati kawasan belukar itu telah menjadi lokasi kumpulan penagih dadah untuk melepaskan gian masing-masing.

"Pemeriksaan urin mendapati 26 orang daripada suspek positif dadah manakala tiga lagi disyaki memiliki dadah.

"Serbuan tersebut juga berjaya merampas sejumlah dadah dipercayai jenis heroin dan pil kuda yang masih sedang disahkan kuantitinya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Roslan berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment