Translate

Thursday, March 28, 2019

Pegawai tadbir IPTA direman kes rasuah

KUALA TERENGGANU - Seorang pegawai tadbir sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kuala Nerus ditahan reman selama tujuh hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan dakwaan meminta wang suapan berjumlah RM10,500 daripada kontraktor pada dua tahun lalu.

Perintah reman itu dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Kuala Terengganu, Wan Aziantie Wan Ab. Karim @ Isa di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata,suspek yang berusia 40 tahun ditahan bagi membantu siasatan meminta wang rasuah sebanyak RM10,500 daripada dua kontraktor pada sekitar tahun 2017 dan 2018.

"Suapan itu dipercayai sebagai balasan kerana memilih syarikat terbabit bagi kerja-kerja pembekalan di IPTA terbabit," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Sumber SPRM itu berkata, lelaki terbabit ditahan ketika sedang memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu di sini pada pukul 5.10 petang kelmarin.

Ujar beliau, suspek disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

No comments:

Post a Comment