Translate

Monday, March 11, 2019

Abdul Hadi nafi bayar RM1.4 juta kepada Rewcastle-Brown

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan kononnya beliau dan partinya telah membuat pembayaran sebanyak RM1.4 juta menerusi cek kepada pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown berhubung penyelesaian luar mahkamah kes saman fitnah difailkan sebelum ini.

Ahli Parlimen Marang itu juga menjelaskan gambar pertemuan beliau yang tersebar sebenarnya telah diambil di Thailand pada lebih dua tahun lalu.

"Gambar itu diambil sewaktu saya mengadakan pertemuan dengan bekas Menteri Luar Thailand, Surin (Pitsuwan) untuk berbincang penindasan orang Islam di Myanmar.

"Kita tidak mahu penganut Buddha di Thailand membantu Myanmar menyerang orang Islam di Myanmar," katanya pada sidang akhbar selepas program Tazkirah Warga Kerja Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Abdul Hadi berkata, Pas bagaimanapun tidak berniat untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang cuba memfitnahnya namun sebaliknya akan menjelaskan isu tersebut kepada masyarakat selain mengadu kepada Allah.


Media tempatan baru-baru ini melaporkan, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Pas membayar sebanyak RM1.4 juta kepada Rewcastle-Brown selain mendakwa mempunyai bukti berupa dokumen transaksi bank melibatkan pembayaran berkenaan. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment