MOHD. AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU - Pengendali Terengganu Football Club I (TFC I), Irfan Bakti Abu Salim semakin hilang sabar dengan penyerang utamanya, Kipre Tchetche yang masih ketandusan gol termasuk pada aksi terbaharu Liga Super menentang Perak di laman sendiri malam tadi.
Beliau berkata, skuad kendaliannya bernasib baik dapat mengelak kekalahan apabila memperolehi sepakan penalti pada minit-minit akhir perlawanan yang berjaya disempurnakan Lee Tuck bagi mengikat Perak 1-1.
"Ini sudah lima perlawanan (Liga Super) masih gagal menjaringkan gol sedangkan musim lalu, dia (Tchetche) penjaring kedua terbanyak liga.
"Kalau Tchetche masih tidak boleh membuat sesuatu (menjaringkan gol) selepas ini, saya tiada pilihan lain selain memberikan surat amaran kepadanya," katanya ketika ditemui selepas perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam tadi.
Begitu pun, Irfan Bakti mengakui prestasi Tchetche yang juga kapten pasukan semakin menampakkan peningkatan dan jauh lebih baik berbanding empat aksi sebelum ini terutama pada pertemuan dengan Kuala Lumpur minggu lalu. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment