Translate

Saturday, March 23, 2019

Gambar Muhammad Syukur bersama kerbau dapat perhatian Sultan Mizan

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Gambar Muhammad Syukur Khamis bermesra dengan haiwan ternakan dibidik jurugambar bebas, Abdullah Deen Mohd Zain, 44, yang tular di media sosial mendapat perhatian Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, baginda bertitah amat berbangga dengan koleksi gambar tersebut yang dihasilkan berlatar belakangkan keindahan panorama Terengganu.

"Sewaktu saya menghadap Sultan Terengganu (Sultan Mizan) di Istana Syarqiyyah pagi tadi, baginda bertitah berbangga dengan gambar-gambar (Muhammad) Syukur (bersama kerbau).

"Baginda bertitah jurugambar (Abdullah Deen) itu mesti diberi pengiktirafan," katanya ketika menyampaikan plak anugerah Karyawan Lensa Budaya kepada Abdullah Deen pada majlis Temu Mesra Warga Parti Keadilan Rakyat (PRK) di sini hari ini.

Turut menerima anugerah pada majlis anjuran PKR Terengganu tersebut ialah Muhammad Syukur,14, yang ditemani bapanya, Khamis Jusuh, 63.

Muhammad Syukur yang juga dikenali sebagai 'Mowgli Malaysia' terkenal sekelip mata apabila gambarnya bermesra dengan sekumpulan kerbau peliharaan memenangi anugerah 'Street/People Photographer of The Year Asian Geographic - Image of Asia 2018' dan 'Remarkable Award' di Siena International Photography Award 2018, Itali baru-baru ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment