Translate

Tuesday, March 26, 2019

Desak PM undur: Dakwaan undi tidak percaya hanya fitnah

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menafikan dakwaan kononnya bakal wujudnya usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada persidangan Dewan Rakyat pada bulan depan.

Beliau yang juga Penasihat Pakatan Harapan (PH) menyifatkan dakwaan itu berunsur fitnah yang bertujuan untuk memecah-belahkan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) yang kini menerajui kerajaan Persekutuan.

"Tiada apa-apa (undi tidak percaya). Ia merupakan fitnah untuk pecah belahkan PH.

"Kami (kepimpinan PH) memang selalu bertemu termasuk dalam mesyuarat Kabinet," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan Wang Ihsan Bencana kepada kerajaan negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini.


Sebelum ini, Setiuasaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mendedahkan parti tersebut telah membuat akujanji untuk menyokong kepimpinan Mahathir sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 setelah menghidu sesuatu tidak kena pada kepimpinan PH. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment