Oleh MOHD. AZLI ADLAN
PASUKAN Terengganu Football Club I (TFC I) bakal bertandang ke Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras esok dengan misi untuk mencatat kemenangan sulung pada Liga Super musim ini.
Pengendali TFC I, Irfan Bakti Abu Salim berkata, beliau berkeyakinan tinggi anak buahnya mampu menumbangkan skuad The City Boy pada aksi keempat Liga Super berkenaan.
"Bukan mahu menafikan kemampuan Kuala Lumpur namun ia (kemenangan) tidak mustahil berdasarkan prestasi semasa yang telah ditunjukkan anak buah saya sewaktu aksi menentang JDT (Johor Darul Ta'zim) minggu lalu.
"Itulah aksi yang biasa dimainkan anak buah saya walau pun di gelanggang lawan. Saya lega mereka sudah kembali kepada prestasi sebenar," katanya kepada Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.
TFC I setakat ini mengutip dua mata dalam tiga aksi kini menghuni tempat ketujuh liga manakala Kuala Lumpur pula berada di tangga kecorot selepas tewas kedua-dua perlawanan sebelum ini namun memiliki kelebihan satu perlawanan.
Bagaimanapun, Irfan memberitahu, dia tidak begitu gusar dengan prestasi sederhana yang dicapai TFC I setakat ini.
"Dua mata yang berjaya dikutip sudah memadai memandangkan skuad Penyu terpaksa bertembung dengan pasukan-pasukan handalan iaitu PKNS FC, Pahang dan JDT pada tiga aksi pertama liga.
"Asalkan kita terus menunjukkan disiplin tinggi dan fokua hingga ke wisel terakhir, kemenangan yang ditunggu-tunggu bakal tiba juga," katanya.
No comments:
Post a Comment