Translate

Monday, March 25, 2019

PH mahu kikis persepsi kerajaan sepenggal

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Pakatan Harapan (PH) perlu menangkis persepsi kononnya gabungan itu bakal menerajui kerajaan Persekutuan untuk sepenggal sahaja.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, proganda 'kerajaan sepenggal' yang dilemparkan terhadap PH itu semakin mempengaruhi persepsi segelintir rakyat negara ini.

"Kita kena hakis balik persepsi 'one term government' (kerajaan sepenggal) ini. Kita semua bertanggungjawab untuk membantu membina persepsi yang betul dalam kalangan rakyat.

"Kenapa hendak bagi semula (pentadbiran kerajaan Persekutuan) kepada kerajaan (Barisan Nasional) yang telah merosakkan negara setelah diberi peluang (memerintah) selama lebih 60 tahun," katanya pada majlis Temu Mesra Warga Parti Keadilan Rakyat (PRK) di sini hari ini.

Wan Azizah berkata, PH merupakan kerajaan baharu yang memiliki pelbagai kekangan dan masalah kerana mewarisi kerajaan yang memiliki kadar hutang yang lebih tinggi daripada dijangkakan daripada pentadbiran terdahulu.


Biar pun begitu, Wan Azizah menegaskan PH sedang bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan isu-isu rakyat yang diwarisi daripada BN tersebut. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment