Translate

Tuesday, March 12, 2019

Pegawai tadbir IPTA disyaki meminta rasuah ditahan SPRM

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Seorang pegawai tadbir sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kuala Nerus ditahan reman selama tujuh hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan dakwaan meminta wang suapan berjumlah RM10,500 daripada kontraktor pada dua tahun lalu.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, perintah reman itu dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Kuala Terengganu, Wan Aziantie Wan Ab. Karim @ Isa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

"Suspek yang berusia 40 tahun ditahan bagi membantu siasatan meminta wang rasuah sebanyak RM10,500 daripada dua kontraktor pada sekitar tahun 2017 dan 2018.

"Suapan itu dipercayai sebagai balasan kerana memilih syarikat terbabit bagi kerja-kerja pembekalan di IPTA terbabit," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.


Sumber SPRM itu berkata, lelaki terbabit suspek disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment