Translate

Tuesday, March 19, 2019

Terengganu mahu tubuh ISN peringkat negeri

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA NERUS - Kerajaan negeri Terengganu akan menubuhkan institut sukan negeri (ISN) tersendiri pada masa terdekat bagi memastikan kelestarian kecemerlangan atlet negeri tersebut.

Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, inisiatif itu terpaksa dilakukan selepas semua cawangan Institut Sukan Negara di peringkat negeri di bawah kawal selia kerajaan Persekutuan telah menutup operasinya di seluruh negara sejak awal tahun ini.

"Elemen sains sukan merupakan satu keperluan yang amat penting bagi menjamin kecemerlangan atlet. Ketiadaan ISN tersebut sedikit sebanyak telah merencatkan perancangan sukan di negeri ini.

"Sehubungan itu, kita merancang untuk menubuhkan sendiri ISN yang akan dikawal selia kerajaan negeri (Terengganu) pada masa terdekat," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Anugerah Sukan Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu malam tadi.


Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri secara dasarnya telah bersetuju untuk menubuhkan ISN tersebut yang dijangka bakal menelan belanja sehingga RM4 juta. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment