Translate

Monday, March 18, 2019

Dua lelaki disyaki pengedar dadah diberkas

DUNGUN - Dua lelaki yang disyaki pengedar dadah dikehendaki berjaya diberkas polis di sebuah rumah di Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Bukit Besi dekat sini pada Khamis lalu.

Kedua-dua suspek berusia 27 dan 37 tahun yang ditahan dalam serbuan tersebut dipercayai aktif menjalankan aktiviti pengedaran dadah terutamanya jenis syabu untuk pasaran di sekitar AMBS sejak setahun lalu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, serbuan berjaya menemui tiga paket mengandungi kapsul lut sinar disyaki dadah jenis syabu seberat 153.10 gram.

"Bungkusan dadah itu didapati disorokkan di bawah sebuah meja yang telah diubah suai. Satu bekas kaca disyaki peralatan menghisap dadah dan lima paket cerah yang dipercayai mahu digunakan untuk membungkus dadah juga berjaya ditemui.

"Serbuan tersebut turut merampas wang tunai berjumlah RM520 dan dua motosikal jenis Demak MV110 dan Honda EX5 Dream. Kesemua rampasan termasuk dadah dianggarkan berjumlah RM16,020," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun di sini hari ini.

Baharudin berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek memperolehi bekalan dadah jenis syabu itu dari Pahang. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment