MOHD. AZLI ADLAN
MARANG - Seorang suri rumah yang dalam perjalanan untuk ke kenduri perkahwinan terkejut apabila terserempak dengan mayat janin dipercayai tidak cukup sifat di Kampung Banggol Kapas dekat sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, Nur Azura Husin, 34, mengesyaki sesuatu tidak kena pada beg kertas berwarna biru yang diletakkan di sebatang tiang lampu di persimpangan jalan di kampung itu apabila ia mengeluarkan bau yang sangat busuk.
"Saya rasa tidak sedap hati apabila merasakan sesuatu dibungkus dengan kain batik di dalam beg kertas itu, selepas dikuis dengan sebatang kayu oleh anak perempuan saya berusia 10 tahun, kami nampak sedikit kulit kepala janin tersebut.
"Janin yang sudah berulat itu dipercayai sudah dibuang sekurang-kurangnya tiga hari lalu sebab pertama kali saya perasan kehadiran beg plastik di tiang elektrik tersebut pada pagi Rabu lalu," katanya ketika ditemui Kosmo! Online di lokasi kejadian di Kampung Banggol Kapas dekat sini hari ini.
Nur Azura berkata, dia kemudiannya memanggil penduduk kampung lain sebelum memaklumkan penemuan mayat bayi tersebut kepada pihak polis.
Menurutnya, sebelum ini dia tidak mengesyaki apa-apa berhubung penemuan beg kertas berkenaan kerana ia tidak mengeluarkan apa-apa bau. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment