Translate

Tuesday, March 26, 2019

Melaka United perit kena belasah TFC I

KETUA Jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan mendedahkan kekalahan 0-3 terhadap Terengganu Football Club I (TFC I) amat perit untuk ditelan pada aksi  Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Beliau berkata, kekalahan mengaibkan itu berpunca daripada prestasi hambar para pemainnya yang gagal bangkit daripada ketinggalan jaringan.

"Sejak saya mengambil alih (kejurulatihan) Melaka United, inilah permainan paling buruk pernah dipamerkan pasukan.

"Kesemua posisi dalam pasukan tidak berfungsi dengan baik malah mereka juga tidak menunjukkan sikap untuk bangkit meskipun sudah ketinggalan.

"Situasi ini dgunakan sepenuhnya pasukan tuan rumah sehingga kami dihukum dengan lebih teruk lagi," katanya ketika ditemui selepas perlawanan kelmarin.

Zainal Abidin berkata, beliau akan melakukan bedah siasat terhadap pemain-pemainnya pada masa terdekat bagi mengenal pasti punca sebenar kemerosotan mendadak skuad kendaliannya itu.

Bagaimanapun, Zainal Abidin menolak kepincangan pasukannya disebabkan ketiadaan pemain tengah import berpengaruh, Liridon Krasniqi.

Katanya, kesebelasan utama yang diturunkan pada aksi dengan TFC I itu juga rata-ratanya berpengalaman luas dan mereka sepatutnya mampu memainkan peranan masing-masing.

"Masalahnya mereka tidak bermain seperti diharapkan dan ia amat mengecewakan saya," katanya.

No comments:

Post a Comment