Translate

Sunday, March 10, 2019

APMM tahan dua bot nelayan Vietnam di perairan Kuala Terengganu

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Dua lagi bot nelayan Vietnam yang disyaki mencerobohi perairan Terengganu berjaya ditahan Maritim Malaysia (APMM) semalam.

Kedua-dua bot yang ditahan pada pukul 8.30 pagi itu merupakan bot nelayan asing ke-14 termasuk tujuh dalam tempoh seminggu kebanyakannya dari Vietnam yang berjaya ditahan APMM di perairan negeri ini sejak awal tahun ini.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Rashidhadi Abd. Rashid berkata, APMM menjangkakan lebih banyak lagi bot nelayan asing akan cuba mencerobohi perairan negara untuk menangkap ikan secara haram selepas berakhirnya monsun Timur Laut dan bermulanya musim mencandat sotong sejak awal bulan.

Beliau berkata, APMM Terengganu telah bersiap sedia untuk melakukan pemantauan bagi membanteras sebaik mungkin pencerobohan nelayan asing tersebut.

"Bagi kes terbaharu ini, kedua-dua bot nelayan Vietnam itu ditahan kapal peronda APMM ketika sedang leka menangkap ikan secara tunda ganding pada kedudukan 87 batu dari muara Kuala Terengganu dekat sini.


"Pemeriksaan telah menjumpai 2.7 tan ikan pelbagai jenis dan siasatan awal percaya dua bot ini baru memasuki perairan negara secara haram kurang seminggu lalu," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Maritim Terengganu di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment