Translate

Sunday, March 24, 2019

Lelaki tetak jiran selepas berang dituduh curi beg tangan

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki yang berang ditanya mengenai beg tangan hilang bertindak menetak jirannya dengan sebilah parang di Pasir Panjang pada Jumaat lalu.

Satu sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 40-an mencari suspek lelaki itu di rumah keluarganya untuk bertanyakan mengenai beg tangan adik perempuannya yang hilang.

"Adik perempuan mangsa mendakwa beng mengandungi barangan berharga termasuk wang tunai RM1,500 yang diletakkan di atas meja makan di ruang tamu rumah mereka hilang sehari sebelum kejadian tersebut.

"Wanita itu mengesyaki beg tangannya kemungkinan di curi oleh beberapa lelaki yang melepak di rumah keluarga suspek sewaktu kejadian," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Mangsa kemudiannya telah pergi ke rumah suspek berusia 26 tahun yang terletak berhampiran rumah mereka untuk bertanyakan hal tersebut

Suspek yang tidak berpuas hati dan berasa seolah-olah dituduh mencuri beg tangan itu menampar pipi kanan mangsa sebelum mengambil sebilah parang di dalam rumah dan menetak badan mangsa.

"Mangsa yang cedera cuba melawan dan berlaku pergelutan menyebabkan senjata yang digunakan terpelanting atas bumbung rumah jiran," katanya.

Mangsa yang parah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk menerima rawatan dan dilaporkan stabil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din mengesahkan kejadian itu dan memberitahu suspek ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 448 akta sama.

No comments:

Post a Comment