Translate

Friday, March 15, 2019

SPM: 276 calon di Terengganu perolehi semua A

MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Seramai 276 calon di Terengganu memperolehi semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 yang diumumkan hari ini.

Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussain berkata, ia termasuk empat calon yang memperolehi semua A+.

"Gred Purata SPM 2018 di Terengganu kekal 4.90 seperti tahun lalu dan ia lebih tinggi berbanding peringkat kebangsaan iaitu 4.95.

"Seramai 90.04 peratus daripada 19,627 calon SPM di negeri ini mencapai kelulusan minimum dengan 36 buah sekolah lulus 100 peratus," katanya pada sidang akhbar di Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malek di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu, Satipul Bahri Mamat.

Shafruddin berkata, dua calon cemerlang memperolehi 11A+ iaitu Muhammad Hilman Nor Azmi dari Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Kuala Terengganu dan Nurin Batrisyia Mohd. Azmi (SM Imtiaz Besut).

Tambah beliau, Amirah Husna Abdul Kahar dari SM Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Negara, Marang pula memperolehi 9A+.


"Lima sekolah terbaik SPM 2018 di Terengganu ialah SM Imtiaz Kuala Terengganu, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit, SM Sains Sultan Mahmud, SM Sains Setiu dan SM Sains Kuala Terengganu," katanya. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment